Cerita Ceriti Disember

10/12/2010 § Leave a comment

salam,

Sekejap sudah 10 hari berlalu disember.Demi masa sesungguhnya manusia dalam kerugian.Awal disember aku ke shah alam.Tumpang tidur rumah budak-budak master.yeah.Mereka masih budak-budak tapi masing-masing dah sambung master.Itu rezeki mereka.Selepas itu ke kelana jaya,majlis resepsi bekas teman sebilik masa kat uitm arau dulu.dah kawen budak tu.yeah.Dia juga aku panggil budak.Aku ni terlalu perasan ‘matured’,sbb tu semua orang aku anggap budak🙂.Dan di penghujung cuti itu aku naik terus ke Kota Keriangan.Menang riang.Ratusan ribu manusia kat atas sana.Terjerit-jerit.Terkinja-kinja.Macam perangai boleh nampak.Yang pasti aku pun kena paksa naik binatang Cyclone.Terasa macam perang Fisabilillah je.Saja tempah nak bunuh diri.Balik rumah.Demam!

Cerita hujung tahun aku.Seperti biasa la.Dipenuhi angka-angka yang selalu buat aku ingin muntah.Sekelip mata kaya.Dalam sebulan hampir jadi jutawan.Tapi ini duit kerajaan.Bukan duit aku.Kalau duit aku senanglah.Duit kerajaan ni,walau sesen pun aku kena jawab.Sebab aku orang bawahan.Kalau orang atasan,aku tak pasti.Sebab aku tak pernah dok kat atas.

….itu saja.Nak hilangkan serabut sebentar,maka entri ini agak panjang.

Ngangkung

01/12/2010 § Leave a comment

salam,

Nonton Ngangkung tak perlu mencangkung
Sebab bersandar sedap di kerusi selesa
Nonton Ngangkung nilainya RM10
Sebab tengok di QB Mall
Nonton Ngangkung hilang semua seram
Sebab tak sempat nak seram dah lawak
Nonton Ngangkung tak rasa rugi.
Sebab pecah panggung semua ketawa.
Macam ni baru leh pecah panggung 40juta.
Hihihi….

Hanyut

23/11/2010 § Leave a comment

salam,

Bukan setakat masuk air saja akan hanyut
Kalau digoda juga boleh hanyut
Kalau menggoda juga hanyut
Sedikit leka akan membuat kita hanyut
Aku juga sedang hanyut
Dengan lagu Hanyut dari FT

Banyak

18/11/2010 § Leave a comment

salam,

assalamualaikum …..nah
tok tok tok….. nah
pakcik…pakcik….nah
makcik…makcik…makcik…mak bagi…

semua agak-agak dah berapa kilo daging korban ye?rejeki!

Salam Aidiladha

17/11/2010 § Leave a comment

salam,

lontong.
ketupat.
serunding.
kari daging.
ayam masak merah.

salam aidiladha buat semua.

semak samak

15/11/2010 § Leave a comment

salam,

semalam shoot wedding.
biasala kalau masuk semak.
sebab nak bagi cantik.
tapi semalam kena samak.
sebab jumpa makhluk buat maksiat.
didalam semak.

kakinota:….kat lalang cantik juga port depa *sigh*

Ahmad Durah

13/11/2010 § Leave a comment

salam,

Drama ahmad durrah kat tivitigasuku ada shoot kat kampung aku dulu.
Shooting masa bulan puasa katanya.
Tadi aku shooting kat situ juga
Tak ada la rusdi rambi,eja atau nabila
Yang ada cuma hidayah & azfar,client aku
Tapi penontonnya agak ramai
*Ngeh*

kakinota: rasa nak tercabut urat saraf shoot hari ni.Nak tengok hasil sila ke sini

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.